ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 23 Ogos 2023.


1. Johan kesal Pengerusi Bernama belum dilantik

Pelantikan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sepatutnya sudah dibuat sebaik-baik sahaja tamat perkhidmatan Datuk Ras Adiba Radzi pada 31 Januari 2023.



2. Taasub, fanatik penyokong PN punca kekalahan BN - Noor Azleen

Ketaasuban dan fanatik sesetengah penyokong parti Perikatan Nasional (PN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu didakwa menjadi antara faktor kekalahan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di negeri berkenaan.


3. Bapa Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

Bapa kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar, meninggal dunia di kediamannya di Cinta Sayang Resort Villa, di sini, pada jam 6.04 pagi ini.


4. Nahas Elmina: Peluang kenal pasti punca tipis

Negara mungkin berdepan peluang tipis untuk mengetahui punca tepat nahas pesawat terhempas di Persiaran Elmina, Khamis lalu sekiranya data perakam suara kokpit (CVR) mengalami kerosakan teruk.


5. Inisiatif INSAN dibuat secara prapendaftaran, masih perlukan pengesahan - Amirudin

Pendaftaran secara automatik melibatkan data peribadi rakyat Selangor bagi Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dibuat secara prapendaftaran.


6. PRK: Zulkifli, Mazri calon PN Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

Timbalan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pulai, Zulkifli Jaafar diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pada 9 September nanti.


7. Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB ditolak

Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menolak permohonan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy untuk membatalkan saman oleh 1MDB.


8. Kerajaan tidak pernah buat ketetapan naikkan umur persaraan kepada 65 tahun - MCMC

Kerajaan tidak pernah membuat sebarang ketetapan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun sebagaimana tular menerusi media sosial baru-baru ini.


9. Malaysia dan Iran sepakat tingkatkan hubungan dua hala - PM Anwar

Malaysia dan Iran senada dan sepakat meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara khususnya dalam bidang ekonomi, pendidikan, keterjaminan makanan, sains dan teknologi serta menerokai potensi kerjasama baharu.


10. Pelepasan air radioaktif Fukushima: Pemeriksaan tahap 4 terhadap produk makanan dari Jepun

Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengenakan pemeriksaan Tahap 4 (Pengawasan) di pintu masuk negara terhadap produk makanan berisiko tinggi yang diimport dari Jepun untuk analisis kandungan bahan radioaktif.