awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif INSAN dibuat secara prapendaftaran, masih perlukan pengesahan - Amirudin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
23/08/2023
06:21 MYT
Inisiatif INSAN dibuat secara prapendaftaran, masih perlukan pengesahan - Amirudin
Amirudin pada sidang media selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor pada Rabu, 23 Ogos 2023. -Astro AWANI/Shahir Omar
SHAH ALAM: Pendaftaran secara automatik melibatkan data peribadi rakyat Selangor bagi Skim Insurans Am Selangor (INSAN) dibuat secara prapendaftaran.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan, perkara itu juga memerlukan beberapa proses pengesahan jika sekiranya seseorang individu bersetuju dengan polisi insurans tersebut.
“Kita buat (daftar) sebagai prapendaftaran dan mereka perlu sahkan dengan gambar swafoto, gambar kad pengenalan dan sebagainya untuk sahkan pendaftaran tersebut.
"Bila sudah disahkan mereka akan termaktub dalam sistem tersebut.
“Kalau tidak berminat, tidak payah aktifkan dan terdapat prosedur untuk nyahaktifkan bagi polisi tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas pengumuman portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor pada Rabu.
Tambah Amirudin, perkara itu telah pun dibentangkan oleh Exco Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sebelum ini iaitu Datuk Teng Chang Kim.
Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah memaklumkan bahawa data melibatkan daftar pemilih merupakan data awam yang boleh dibeli.
“Apa yang berlaku, prapendaftaran dengan kita berhubungan dengan SPR supaya SPR mengemukakan data.
"Sebenarnya data-data awam itu yang boleh dibeli iaitu maklumat dan kita daftarkan sebagai prapendaftaran.
“Namun, kita akan ketatkan supaya tidak ramai yang boleh akses kepada sistem prapendaftaran itu.
"Saya juga minta pihak pemaju (pelaksanaan sistem) mengeluarkan kenyataan bagaimana akses orang awam kepada sistem (pendaftaran) polisi yang masih belum sempurna itu,” katanya.
Terdahulu, tular menerusi laman Twitter yang menyatakan maklumat peribadi orang awam di Selangor telah didaftarkan secara automatik tanpa pengetahuan.
Amirudin dalam pada itu turut mengulas dakwaan bahawa keuntungan inisiatif INSAN yang dibuat kerajaan negeri Selangor merupakan usaha meraih keuntungan bagi persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN).
Beliau menyifatkan tuduhan tersebut sebagai berniat jahat serta menafikan ia mempunyai kaitan dengan persiapan PRN baru-baru ini.
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#data peribadi rakyat Selangor
#Skim Insurans Am Selangor
#insan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan