ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 September 2023.

1. Kembara Kenali Borneo bermula, konvoi menuju Lahad Datu, Sandakan

Hari ini suasana di bandar Tawau berbeza daripada kebiasaan. Buat julung kali, masyarakat setempat menyaksikan ketua negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memulakan perjalanan Kembara Kenali Borneo di Bulatan 0KM Padang Perbandaran Tawau, di sini.


2. Ahmad Zahid lepas tanpa bebas kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.


3. Tun M mahu terus bersuara dalam isu 3R

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu terus ‘bersuara’ terutamanya melibatkan isu-isu 3R yang menyentuh agama, bangsa dan institusi diraja walaupun sudah sembilan kali disoal siasat polis berkenaan isu itu. 


4. Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid meninggal dunia

Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Datuk Munirah Abdul Hamid meninggal dunia pada usia 70 tahun.


5. Henti polemik kaum, belajar hadis untuk murid Islam - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua pihak menghentikan polemik perkauman kerana semua rakyat dijamin hak sama rata dan keadilan.


6. 11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada kes membabitkan dana Yayasan Akalbudi.


7. 1MDB: PDRM rampas, sita aset Jasmine Loo bernilai lebih RM93.2 juta - Ayob Khan

Polis merampas dan menyita sebahagian aset termasuk hartanah milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang dipercayai hasil daripada penyelewengan wang syarikat pelaburan itu.


8. Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid Hamidi - Fadillah

Kerajaan tidak campur tangan dan menghormati proses perundangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dalam kes pecah amanah melibatkan Yayasan Akalbudi (YAB).

9. Polis sahkan terima laporan pembantu rumah didera bekas ahli politik

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan polis daripada pembantu rumah berusia 54 tahun itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada 4.16 petang 22 Ogos lepas.

10. Anwar luang masa belajar pemerkasaan seni budaya daripada selebriti Indonesia, Malaysia

Dalam meniti jadual yang padat sepanjang perjalanan Persidangan Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim nyata tidak melupakan tentang peri penting pemerkasaan aspek lain yang berkaitan.