Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 22 September 2023.
Sultan Johor menzahirkan kesediaan baginda melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis.
Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jurugambar Perdana Menteri yang mendakwa beliau menghisap rokok elektronik ketika di Dewan Rakyat Selasa lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat (AS) Untuk Iklim, John Kerry pada Jumaat.
5. Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
5. Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Polis akan merekod keterangan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How yang dikatakan membuat tafsiran sendiri mengenai ayat al-Quran dalam masa terdekat.
7. Keputusan rayuan Sultanah Nur Zahirah dalam kes saman terhadap Rewcastle-Brown pada 12 Dis
7. Keputusan rayuan Sultanah Nur Zahirah dalam kes saman terhadap Rewcastle-Brown pada 12 Dis
Mahkamah Rayuan menetapkan 12 Dis untuk memberikan keputusannya terhadap rayuan Sultanah Terengganu berhubung saman fitnah terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
8. Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
8. Laporan tanah runtuh Batang Kali akan dinyah rahsia, didedah
Kerajaan negeri bakal nyah rahsia laporan penuh kejadian insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali yang mengorbankan 31 mangsa pada 16 Disember tahun lepas.
9. UNGA ke-78: Saingan kuasa besar cetus dilema geopolitik dan geostrategik, perlu pegang Piagam PBB - PM
9. UNGA ke-78: Saingan kuasa besar cetus dilema geopolitik dan geostrategik, perlu pegang Piagam PBB - PM
Saingan kuasa besar dunia dilihat memberi kesan negatif kepada negara-negara kecil terutama di kawasan konflik.
Semua negara di dunia ini perlu bertanggungjawab dalam mencorak dunia yang lebih baik untuk hari esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

