awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2023
02:50 MYT
Dituduh hisap vape: Ikmal Hisham pertimbang saman jurugambar PM
Foto berkenaan tular di media sosial selepas jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai memuat naik imej tersebut di laman X. - Foto fail
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jurugambar Perdana Menteri yang mendakwa beliau menghisap rokok elektronik ketika di Dewan Rakyat Selasa lalu.
Menurutnya, satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang ini.
"Kita akan buat (tindakan undang-undang)," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata, kenyataan media akan dikeluarkan sejurus laporan polis tersebut selesai.
Ikmal sebelum ini menafikan beliau menghisap vape di dalam Dewan Rakyat sebaliknya menjelaskan bahawa objek yang berbentuk silinder itu adalah sebatang pen dan bukannya vape seperti ditularkan.
“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah perokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.
Foto berkenaan tular di media sosial selepas jurugambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai memuat naik imej tersebut di laman X.
Jurugambar yang dikenali sebagai Sadiq Asyraf telah memuat naik imej itu dengan keterangan kapsyen berkenaan imej tersebut.
“Betul-betul koyak terus tarik vape sambil keluar dewan,” tulis kapsyen muat naik tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Ikmal Hisham Abdul Aziz
#hisap vape
#Dewan Rakyat
#tindakan undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan