Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 September 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 September 2023.
Jelas Perdana Menteri, rombakan Kabinet ketika ini tidak terlalu mendesak kerana hanya terdapat satu kekosongan jawatan menteri yang perlu diisi.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peniaga dengan lebih awal, kata bank tersebut.
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
Permohonan notis merah Interpol ke atas dua individu termasuk menantu bekas perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan masih dalam proses dilengkapkan.
5. Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
5. Kes rogol: Polis rekod keterangan Ebit, Mondy
Polis telah merekodkan keterangan 10 individu bagi siasatan kes rogol membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew.
Skuad sepak takraw negara gagal menamatkan penguasaan Thailand selama 25 tahun dalam acara regu berpasukan lelaki selepas tewas dalam perlawanan akhir pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022.
7. Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
7. Perarakan Maulidur Rasul: 52 terbunuh dalam letupan di Balochistan Pakistan
Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain cedera.
8. Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
8. Pendakwaan rayu pembebasan Muhyiddin berdasarkan 13 alasan
Pihak pendakwaan memohon kepada Mahkamah Rayuan supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memerintahkan pertuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dikekalkan semula.
Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Kejayaan sesebuah tamadun merupakan hasil pimpinan pemimpin yang mempunyai hati nurani yang bersih dan tidak hanya bergantung kepada kerangka ekonomi, sosial, pendidikan dan teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

