Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Oktober 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Oktober 2023.
Mahkamah Pilihan Raya Melaka hari ini mengekalkan kemenangan Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.
Penyanyi Ashira mengakui benar-benar terkejut dengan berita pemergian bekas suaminya, Bad Indigo semalam.
Polis berjaya memberkas empat suspek, yang dipercayai anggota ‘Geng Jiva’, kumpulan penjenayah yang paling dikehendaki kerana terlibat dalam kes samun bersenjata, pecah rumah dan mendatangkan kecederaan di sekitar bandar raya ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia Ke-17 bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Januari tahun depan.
6. Apa pun keputusan UNSC, serangan di Palestin harus dihentikan - PM Anwar
6. Apa pun keputusan UNSC, serangan di Palestin harus dihentikan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak peduli dengan keputusan persidangan UNSC yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.
Kerajaan memahami akan risiko yang berkemungkinan timbul susulan kelantangan negara menyuarakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestin di Gaza.
8. Sejarah akan menghukum dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza - Ketua UNRWA
8. Sejarah akan menghukum dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza - Ketua UNRWA
Pesuruhjaya UNRWA Philippe Lazzarini mengeluarkan amaran keras bahawa sejarah akan menghukum masyarakat dunia jika gencatan senjata tidak dilaksanakan di Gaza.
9. ‘Arwah Bad tak suka susahkan orang lain' - Waris
9. ‘Arwah Bad tak suka susahkan orang lain' - Waris
Penyanyi kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bad Indigo disifatkan sebagai sosok yang tidak suka menyusahkan orang lain dan sentiasa berfikiran positif.
10. KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin
10. KPM larang unsur ekstremisme, keganasan dalam program Minggu Solidariti Palestin
Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi dengan sebarang unsur ekstremisme dan keganasan sepanjang penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

