ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 November 2023.


1. Anak bantut: Kos hidup tinggi buatkan ibu bapa pilih makanan murah, tidak bernutrisi

Kos kehidupan yang semakin meningkat menyebabkan ibu bapa lebih memilih untuk mendapatkan makanan yang murah walaupun ia tidak bernutrisi.



2. Bidaan jam Rolex Zulkifli ditutup pada harga RM135,000

Nilai bidaan tertinggi jam tangan berjenama Rolex milik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri mencecah RM135,000 ketika ditutup pada jam 12 tengah malam Selasa.


3. Subsidi, kawalan harga ayam tamat hari ini

Hari ini penamatan subsidi dan kawalan harga bagi ayam berkuat kuasa secara rasmi.


4. Harga petrol, diesel kekal hingga 8 November

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 Nov ini.


5. Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa 4 mulai 7 Nov ini

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, iaitu pembayaran akhir bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat mulai 7 Nov ini dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima.


6. Kerajaan tidak bercadang tambat ringgit - Steven Sim

Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan tambatan ringgit dan langkah seiringnya iaitu kawalan pertukaran mata wang asing yang pernah dilakukan semasa negara menghadapi Krisis Kewangan Asia pada 1998, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.


7. McDonald's Malaysia: Royalti untuk kegunaan jenama, tiada kaitan dengan konflik Asia Barat

Pembayaran royalti McDonald's Malaysia tidak sama sekali disalurkan untuk menyokong perang antara Palestin dan Israel.


8. Malaysia dapatkan kepakaran Belanda tambah baik sistem tebatan banjir - Anwar

Malaysia akan mendapatkan kepakaran dari Belanda bagi menambah baik sistem tebatan banjir dalam usaha mengatasi masalah banjir dalam negara yang berlaku saban tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


9. PM Anwar gulung perbahasan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen esok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menggulung perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, esok.


10. Mavcom gantung lesen perkhidmatan udara MyAirline

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan pihaknya telah menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline Sdn Bhd berkuat kuasa serta-merta.