awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2023
15:49 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 November 2023.
1. Bayi 58 hari maut kerana jangkitan paru-paru
Polis mengesahkan kematian bayi perempuan berusia 58 hari yang ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya pada Rabu disebabkan jangkitan paru-paru.
2. Pemandu BMW tersepit, dua penumpang tercampak dalam kemalangan
Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta cedera akibat tersepit, manakala dua penumpang kenderaan itu tercampak keluar dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Kajang di Lebuhraya Utara Selatan di sini, pada Khamis.
3. Perak FC mahu cari ‘Soh Chin Ann’ yang semakin hilang
Menyedari penyertaan kaum Cina dalam sukan bola sepak negara semakin kurang, Perak FC merangka pelbagai program untuk mencari ‘Soh Chin Ann’ melalui program pembangunannya.
4. Kad diskaun khas Menu Rahmah tawar diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha
Kerajaan hari ini memperkenalkan Kad Diskaun Khas Menu Rahmah yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus kepada pengusaha Menu Rahmah bagi membeli barangan keperluan perniagaan.
5. Nicol David, Chong Wei dan Mirnawan dipilih sebagai ahli jawatankuasa Road to Gold
Tiga personaliti legenda sukan negara akan membarisi jawatankuasa Road To Gold (RTG) bagi membantu negara mencapai matlamat memenangi pingat emas Olimpik yang pertama buat Malaysia.
6. BNM kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
7. 'Instafamous' terkenal dipenjara, didenda curi barang di pasar raya
Seorang 'Instafamous' terkenal dipenjara sehari dan didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencuri beberapa barangan bernilai lebih RM100 di sebuah pasar raya, semalam.
8. Minggu Solidariti Palestin: “Jangan kacau kami, jangan usik guru kami” - Fadhlina
Menteri Pendidikan mengingatkan semua pihak supaya tidak mengganggu perancangan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam menganjurkan Minggu Solidariti Palestin di sekolah.
9. Dewan Rakyat lulus Belanjawan 2024 peringkat dasar
Dewan Rakyat pada Khamis telah meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 atau Belanjawan MADANI 2024 di peringkat dasar melalui undian suara.
10. “Mahasiswa, mahaguru… Mahathir ok saja” – PM Anwar bagi 'tutorial' Bahasa Melayu mengenai perkataan 'maha'
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak pandangan segelintir pihak bahawa penggunaan perkataan ‘maha’, yang sering beliau gunakan terhadap golongan paling kaya, menyalahi tata cara penggunaannya.
Topic Berkaitan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#berita hari ini
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan