awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
04/11/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 November 2023.
1. Rakyat Malaysia perlu syukuri nikmat keamanan dan kebebasan dikecapi negara - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah rakyat Malaysia perlu mensyukuri dan menginsafi hakikat nikmat keamanan serta kebebasan yang dikecapi negara, ketika ini.
2. MetMalaysia tidak keluar amaran tsunami, siren berbunyi dikhuatiri masalah teknikal
Jabatan Meteorologi Malaysia menjelaskan tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi Sabtu.
3. Fahmi minta Liberal International keluarkan nama dan logo PKR
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi itu.
4. Keupayaan seseorang pemimpin dinilai dari kejayaan bentuk institusi keluarga - PM
Keupayaan seseorang pemimpin dinilai dari kejayaan membentuk institusi keluarga yang harmoni, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5. 19 ahli keluarga terbunuh, pensyarah USIM harap gencatan senjata di Gaza
Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Wesam Almahallawi telah kehilangan 19 ahli keluarga susulan serangan yang sedang berlaku di Gaza.
6. Polis siasat kes pelajar dibuli senior di sekolah berasrama
Polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini.
7. Aksi Harimau Malaya-Kyrgyzstan kekal di Stadium Nasional Bukit Jalil
Stadium Nasional Bukit Jalil dikekalkan sebagai venue aksi sulung kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Harimau Malaya dan Kyrgyzstan pada 16 Nov ini.
8. Cadangan nama Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat dipapar di laman web
Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat.
9. Malaysia pandang serius RUU AS sekat sokong Hamas - Zambry
Malaysia memandang serius keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas pada Rabu lalu.
10. Zahid beri bayangan berada di penghujung karier sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu bagaimanapun berkata, sebelum meninggalkan arena politik, beliau mahu memastikan Bagan Datuk terus maju serta sifar miskin tegar.
Topic Berkaitan
#berita utama
#berita tempatan
#Berita AWANI
#berita Malaysia
#Palestin
#Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan