GEORGE TOWN: Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat supaya pengundi kawasan parlimen mereka maklum perkara tersebut.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata ia antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan parlimen yang diwakili.
Katanya, cadangan itu akan dibincangkan oleh beliau dengan jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan.
"Saya akan bincang perkara ini kerana saya tidak boleh terus berikan arahan. Selepas perbincangan akan putuskan bila akan mula.
"Seelokknya kita mulakan (paparkan nama di laman web) secepat mungkin, mungkin pada persidangan yang akan datang, ini antara penambahbaikkan yang kita akan buat kerana ia akan berikan peluang kepada masyarakat yang memilih mereka bertanya di manakah Ahli Parlimen berkenaan menghilangkan diri,'' katanya di sini hari ini.
Johari, yang merupakan Ahli Majlis Pengakap Negara, ditemui selepas merasmikan Persidangan Pertubuhan Kerjasama Serantau Pengakap ASEAN (ASARC) ke-18 di sini yang turut dihadiri pemimpin pengakap dari negara-negara ASEAN.
Katanya, beliau faham tugas Ahli Parlimen yang banyak dan ada antara mereka tidak dapat menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana terpaksa menghadiri mesyuarat di lokasi lain dan ada juga yang perlu melaksanakan tugas di luar negara.
''Mana-mana Ahli Parlimen yang tidak hadir bersebab mereka boleh terus maklumkan kepada Speaker bertugas, sekurang-kurangnya kita tidak akan menganggap mereka ponteng sidang Dewan Rakyat,'' katanya.
Beliau menyifatkan gejala ponteng sidang Dewan Rakyat dalam kalangan Ahli Parlimen adalah tidak serius kerana mereka masih menghadiri persidangan kecuali mempunyai tugas di luar ketika sidang berlangsung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata cadangan itu antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat. - Gambar fail/Bernama
YTL umum Model Bahasa Raya 'Ilmu', terajui model lain dalam bahasa Malaysia
Melalui laman rasmi, Ilmu 0.1 turut dikatakan telah melepasi ujian PT3 dan juga SPM dalam bahasa Melayu.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
Cadangan nama Ahli Parlimen ponteng sidang Dewan Rakyat dipapar di laman web
Nama-nama Ahli Parlimen yang didapati dengan sengaja tidak hadir atau 'ponteng' sidang Parlimen mungkin akan dipaparkan di laman web Dewan Rakyat.