Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 November 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 November 2023.
Sekiranya terdapat laporan berkaitan isu tersebut, kerajaan akan bertindak secara profesional bagi menguruskan laporan itu.
laporan itu dibuat oleh Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) awal pagi Selasa.
Tindakan tegas itu dilakukan terhadap penyewa degil yang tidak mengendahkan notis peringatan yang dikeluarkan.
Bekas setiausaha politik dan seorang lelaki bergelar Datuk didakwa menjadi operator yang menyogok dan mengugut Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong Perdana Menteri.
Pendengaran rayuan Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan mengabai seorang remaja sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan ke 30 Jan depan.
6. Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
6. Najib tidak bekerjasama selepas didakwa - Pegawai penyiasat 1MDB
Pegawai penyiasat 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Najib Razak tidak memberi kerjasama ketika disoal siasat berhubung penyelewengan dana syarikat strategik negara, pada 3 Oktober 2018.
7. Henti jual minyak dan gas kepada Israel, AS, Eropah - Tun M
7. Henti jual minyak dan gas kepada Israel, AS, Eropah - Tun M
Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
8. Penggajian PDA Indonesia wajib guna khidmat APS, melalui kedutaan - KSM
8. Penggajian PDA Indonesia wajib guna khidmat APS, melalui kedutaan - KSM
Majikan yang mahu menggajikan pekerja domestik asing (PDA) Indonesia sebagai pembantu rumah wajib menggunakan khidmat agensi pekerjaan swasta (APS) dan melalui Kedutaan Besar Indonesia.
9. Najib mahu jawab soalan pengubahan wang haram di mahkamah - Pegawai penyiasat
9. Najib mahu jawab soalan pengubahan wang haram di mahkamah - Pegawai penyiasat
Bekas perdana menteri itu memilih untuk menjawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.
Seorang wanita bukan saja dirogol tetapi turut dibunuh dengan kejam dengan kesan kelar pada leher sebelum mayatnya ditemui di kawasan semak sebuah kebun Kampung Pisang, di sini pada Selasa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

