awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pertikai pelantikan Leftenan Jeneral, Pas beri amaran tindakan disiplin
MALAYSIA
Laluan masuk Plaza Tol Ayer Hitam ditutup susulan tumpahan kimia
DUNIA
Iran umum penarikan semula sekatan internet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan

Bernama
Bernama
14/11/2023
06:22 MYT
Sponsor Banner
Rayuan Siti Bainun terhadap sabitan, hukuman penjara ditangguh ke 30 Jan
Siti Bainun hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk pendengaran rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai seorang remaja sindrom down. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pendengaran rayuan Siti Bainun Ahd Razali di Mahkamah Tinggi di sini terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, ditangguhkan ke 30 Jan depan.
Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan tarikh itu selepas peguam Haijan Omar mewakili Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda, memohon penangguhan berikutan nota keterangan saksi pembelaan kelapan belum lengkap.
"Pihak kami mohon pendengaran hari ini ditangguhkan dan mohon satu tarikh lain bagi pengurusan kes seterusnya," kata peguam itu.
Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad tidak membantah perkara itu.
Hakim Noorin juga menetapkan 7 Dis ini untuk pengurusan kes.
Ketika ditanya media selepas prosiding, sama ada dia sihat, Siti Bainun yang memakai jubah berwarna merah jambu dan dilihat semakin susut berbanding sebelum ini, dengan ringkas menjawab; "saya sihat".
Pada 23 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.
Siti Bainun, 31, diarah menjalani hukuman penjara serta-merta selepas Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi, pada 3 Mei lepas, menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.
Dia dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu.
Siti Bainun, yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu ke atas Bella, 13, di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.
Wanita itu juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siti Bainun Ahd Razali
#pendengaran rayuan
#pengasas Rumah Bonda
#remaja sindrom down
#Bella
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami