awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2023
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Disember 2023.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 5 Disember 2023.
1. Pelarasan gaji golongan profesion teknikal diberi keutamaan dalam SSPA - PM Anwar
PM memberi jaminan soal pelarasan gaji golongan profesion teknikal dalam perkhidmatan awam akan diberi keutamaan dalam kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
2. KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Serbuan dilakukan setelah menerima aduan orang awam bahawa peniaga berkenaan enggan menjual minyak masak peket kepada warga tempatan.
3. Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial
Hakim, Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
4. Penerbangan Malaysia Airlines ke, dari Chennai dibatalkan hari ini
Malaysia Airlines mengumumkan penerbangan yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Chennai, India telah dibatalkan kerana Lapangan Terbang Chennai (MAA) ditutup akibat banjir.
5. Pekerja ladang maut dilanyak gajah
Seorang pekerja ladang maut dipercayai dilanyak oleh seekor gajah dalam kejadian di Ladang Upayapadu, Sungai Bayu di Gua Musang pada Isnin.
6. PRK Kemaman: Anwar ucap tahniah, harap kemenangan Samsuri redakan suhu politik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar atas kemenangannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada Sabtu.
7. Lokman Adam hantar representasi sabitan hina mahkamah berhubung kes 1MDB
Datuk Lokman Noor Adam telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung sabitan menghina mahkamah membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
8. Jabatan Peguam Negara arah polis lengkapkan lagi kertas siasatan kes Agus-Wahab
PDRM menerima beberapa arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk melengkapkan siasatan kes klip video perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusof sebelum keputusan dibuat berhubung kes tersebut.
9. Malaysia semakin hebat bukan tentang Anwar, tetapi disebabkan kestabilan politik - PM
Menurut Perdana Menteri, perkara itu juga turut disokong oleh komitmen berpasukan jemaah menteri yang membawa mesej sama iaitu dasar madani hingga memberi keyakinan kepada pelabur.
10. Rombakan Kabinet: Tidak adil buat penilaian dalam tempoh setahun - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan adalah tidak adil untuk menggugurkan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet dengan penilaian yang dibuat dalam tempoh setahun.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita tempatan
#berita dalam negara
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan