KUALA LUMPUR: Profil Malaysia yang semakin tinggi bukan tentang individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya disebabkan kestabilan politik di negara ini.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu juga turut disokong oleh komitmen berpasukan jemaah menteri yang membawa mesej sama iaitu dasar madani hingga memberi keyakinan kepada pelabur.

"Yang kedua selain daripada kestabilan politik yang disebut satu lagi ialah dasar (kita) yang jelas. Kalau kita tengok Malaysia ini, ada hala tuju iaitu tenaga boleh diperbaharui, transisi tenaga dan transformasi digital," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengajak semua pihak untuk bersama-sama membangunkan negarta dan mengelak unsur-unsur negatif.

Ini kerana beliau yakin kerajaan akan dapat meningkatkan Malaysia dengan lebih harum dan hebat di rantau ini.

"Kita (Malaysia) belum pernah dalam beberapa tahun kebelakangan ini (hubungan baik) dengan Emiriah Arab Bersatu, Turkiye, Arab Saudi, China, Australia dan Amerika Syarikat," katanya.