ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Disember 2023.


1. Rombakan Kabinet: CEO KWSP dilantik Menteri Kewangan II

Seramai lima menteri baharu dilantik untuk menerajui beberapa kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



2. Seorang menteri, dua timbalan digugurkan

Kabinet baharu Kerajaan Madani menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.


3. Pembunuhan Zayn Rayyan: Air sungai akan disedut, cari petunjuk baharu

Siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin yang memasuki hari keenam hari ini diteruskan dengan pencarian petunjuk baharu dipercayai di aliran anak sungai berdekatan penemuan mayat mangsa.


4. Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN

Penguasaan Bahasa Melayu kekal menjadi syarat bagi permohonan taraf kewarganegaraan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


5. Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang dilaksanakan buat kali pertama selepas setahun pentabiran Kerajaan Perpaduan.


6. Tujuh perkara luar jangka dalam rombakan Kabinet

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada hemat saya, membuat beberapa pengumuman luar jangka menerusi senarai rombakan Kabinet yang diumumkan pagi tadi.


7. Pembunuhan Zayn Rayyan: Anjing K9 periksa blok kediaman mangsa

Seekor anjing dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibawa memasuki Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, dipercayai bagi melakukan pemeriksaan pada hari keenam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak austistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin.


8. Perkhidmatan Komuter Lembah Klang, ETS alami gangguan akibat kren tumbang

Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Komuter Lembah Klang dan Tren Elektrik (ETS) hari ini mengalami gangguan perjalanan disebabkan kren tumbang berhampiran landasan.


9. Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang membongkar kegiatan memproses i-Kad Imigresen, kad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan lesen memandu Pakistan palsu disyaki didalangi warga Pakistan dalam operasi di rumah pangsa di Persiaran Mayang Pasir 5, Bayan Lepas, semalam.


10. Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.