ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.


1. Pas gesa PM tegur DAP jangan sentuh sensitiviti Islam

Pas menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih tegas menegur DAP supaya menghentikan tindakan yang menyentuh sensitiviti umat Islam. 



2. Penjenayah mati berbalas tembakan dengan polis

Seorang lelaki yang mempunyai 16 rekod jenayah lampau ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis dalam kejadian di Machang Bubok, Bukit Mertajam, awal pagi ini.


3. PADU kenal pasti rakyat benar-benar layak untuk subsidi bersasar - Armizan

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan dilancarkan Selasa ini membolehkan kerajaan mengenal pasti rakyat yang benar-benar layak untuk menerima subsidi bersasar, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.


4. Isu Ashabul Kahfi: Boleh kupas tapi jangan cerca, hina, kutuk - PM Anwar

Perdana Menteri mengkritik tindakan sesetengah pendakwah dan ulama yang mencaci dan mencemuhnya ketika mengupas kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang diungkapkan beliau sebelum ini.


5. Banjir: Jumlah mangsa di 3 negeri terus menurun, Terengganu pulih sepenuhnya - Nadma

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun lagi kepada 3,681 orang di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini sementara Terengganu pula telah pulih sepenuhnya daripada bencana itu.


6. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Tahun Baharu 2024

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024 serta mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat dan negara.


7. Jumlah mangsa banjir di tiga negeri menurun kepada 1,675 orang malam ini

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri semakin menurun kepada 1,675 orang di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 3,681 orang di 20 PPS petang tadi.


8. Terimalah hakikat, Malaysia perlu lebih gagah dan hebat - PM Anwar

Negara dapat beralih daripada masalah remeh yang tiada kesudahan sekiranya semua pihak menumpukan usaha untuk meningkatkan semangat perpaduan bersama.


9. 'Penolakan terhadap Israel, AS tetap berterusan meskipun kita berpecah parti' - Tun Mahathir

Kerajaan disaran untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap Amerika Syarikat, yang dilihat menyokong Israel, meskipun Malaysia perlu ada hubungan dagangan dengan negara itu.


10. Kejayaan sebenar terletak pada kesejahteraan rakyat - PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ukuran sebenar kejayaan negara terletak pada kemaslahatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat.