ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 19 Februari 2024.


1. 97.78 peratus syarikat produksi tidak mencarum KWSP

Sebanyak 97.78 peratus daripada 361 syarikat produksi yang menggajikan pelakon kanak-kanak dan orang muda dalam filem serta drama tidak melakukan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



2. KDN laksana kajian panjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun - Saifuddin Nasution

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksana kajian untuk memanjangkan tempoh sah laku pasport kepada 10 tahun.


3. Anwar ziarah Rafizi di hospital

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan melawat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang sedang dirawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), di sini.


4. Permohonan isteri Daim untuk dapatkan pasport secara kekal didengar 13 Mac

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 13 Mac depan untuk mendengar hujahan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport secara kekal.


5. Gambar tular keadaan terkini kesihatan Tun M palsu

Gambar yang sedang tular di pelbagai platform media sosial, berkaitan kesihatan terkini bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah palsu.


6. Rusuhan Penjara Taiping: Polis rakam keterangan 13 individu

Polis telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan banduan di Penjara Taiping yang menyebabkan tiga warden cedera Khamis lepas.


7. Buruh binaan individu pertama di Terengganu dihukum sebat kerana berkhalwat

Seorang buruh binaan hari ini menjadi pesalah khalwat pertama yang dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di sini di bawah Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.


8. Mutang Tagal dilantik Yang di-Pertua Dewan Negara baharu

Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Orang Ulu (OUCCI), Datuk Mutang Tagal dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu pada Isnin.


9. Bekas bintang All Blacks minat kerjasama dengan Ragbi Malaysia

Bekas bintang ragbi All Blacks, Sonny Bill Williams telah menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Ragbi Malaysia (MR) pada masa hadapan.


10. Keputusan rayuan terhadap perintah mahkamah kembalikan status agama Islam wanita ditangguh

Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya berhubung rayuan seorang wanita berusia 37 tahun terhadap perintah Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai orang Islam.