Tertuduh, Dr Anas Ramli, 32, memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. 7. Lebih RM5 juta barangan bersubsidi diseleweng berjaya dirampas - Armizan Lebih RM5 juta barangan bersubsidi yang diselewengkan dan cuba diseludup keluar dari negara ini berjaya dirampas dalam Ops Tiris 3.0 yang dijalankan sejak 1 Jan hingga 15 Feb lepas, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali. 8. Ada ruang perbaiki kedudukan negara dalam penarafan CPI - KSN Masih ada ruang dan perkara yang boleh dilakukan semua pihak untuk terus melonjakkan kedudukan negara dalam penarafan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) seiring dengan sasaran kedudukan ke-25 dunia menjelang 2033, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini.