ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 15 Mac 2024.


1. PM bertemu badan pemikir Islam antarabangsa, tangani Islamofobia

Perdana Menteri membincangkan perihal Islamofobia yang disifatkan semakin membarah di Eropah.



2. Cuaca panas: Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar - METMalaysia

METMalaysia memaklumkan taburan hujan berkurangan di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada Jumaat.


3. Ibu rayu bantu cari anak hilang

Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar didapati tidak pulang selepas keluar rumah pada hari kejadian.


4. Cuepacs mahu kerajaan teruskan tradisi beri bantuan khas kewangan Aidilfitri

Ia berharap agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan tradisi pemberian bantuan itu yang dilaksanakan sejak 10 tahun lepas.


5. 'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo 

Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, adalah seorang penipu yang menghalalkan aktiviti haram untuk menyeleweng wang 1MDB.


6. Isu sekolah vernakular: Polis selesai rakam keterangan Teo Kok Seong

Polis mengesahkan selesai merakamkan keterangan Felo Kanan Majlis Profesor Negara Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong susulan kenyataannya berkaitan sekolah vernakular baru-baru ini.


7. 23 kes strok haba direkodkan setakat ini, dua kes baharu

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 23 kes strok haba dari Minggu Epidemiologi pertama hingga yang terkini, Minggu Epidemiologi ke-11.


8. Cameron Highlands bandar paling bahagia di Malaysia

Kawasan peranginan tanah tinggi, Cameron Highlands, Pahang diangkat sebagai antara 10 bandar paling bahagia di Malaysia pada tahun ini.


9. Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat

Penampilan khas juara bertahan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat (SMKSK) berjaya menarik perhatian netizen.


10. SPRM tahan reman tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk

SPRM menahan tiga pemilik syarikat termasuk dua bergelar Datuk selepas disyaki memberi rasuah kepada penjawat awam untuk tidak mengambil tindakan terhadap kes penyeludupan tembakau, rokok dan arak melalui pintu masuk negara.