ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Mac 2024.

1. Polis tembak mati lima penjenayah di Putra Heights

Kesemua suspek bertindak melarikan diri dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.


2. Suami isteri bekal senjata api kepada lelaki Israel diberkas

Suspek warga tempatan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor.


3. Kerajaan disaran beri bantuan tunai bulanan

Bantuan berkenaan berperanan membiayai kehidupan rakyat dan sekali gus dapat menggunakan wang tersebut membeli barang keperluan serta menjana ekonomi keluarga.


4. KK Mart Sungai Isap Kuantan dilempar 'molotov cocktail'

Sebuah lagi cawangan kedai serbaneka KK Mart di Sungai Isap Kuantan, yang baru dua minggu beroperasi, dilempar 'molotov cocktail' kira-kira pada jam 5.14 pagi Sabtu.


5. Tulang manusia ditemui di lokasi penemuan rangka Bella sah miliknya

Enam tulang yang ditemukan berhampiran rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, dua bulan lalu, sah milik Bella.


6. Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 9 April 2024 bersamaan 29 Ramadan 1445 Hijrah dan pengisytiharan tarikh Hari Raya Puasa akan diumumkan pada malam berkenaan.


7. Dua pelajar Malaysia maut kemalangan di New Zealand

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, New Zealand, mengesahkan insiden kemalangan jalan raya melibatkan lima orang pelajar Malaysia di Lake Tekapo pada Sabtu.


8. Malaysia terima 3,000 serangan siber setiap hari - Mohamed Khaled

Sistem pertahanan negara menerima kira-kira 3,000 serangan siber setiap hari khususnya selepas Malaysia menyatakan sokongan terhadap Palestin, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


9. Lima penjenayah ditembak mati di Putra Heights terlibat lebih 50 kes samun

Polis tidak menolak kemungkinan lima individu yang ditembak mati dalam kejadian di Putra Heights di sini malam tadi merupakan ahli 'Geng Ninja Van' dan terlibat dalam lebih 50 kes samun bersenjata di Lembah Klang.


10. KK Mart dibaling 'molotov cocktail': Ambil tindakan tegas kepada pelaku - Ketua Pemuda UMNO

Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya tindakan esktrem oleh pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan keganasan dengan membaling 'molotov cocktail' di kedai serbaneka KK Mart di Kuantan, Pahang hari ini.