ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Mei 2024.


1. Rumah pemain Selangor, Khuzaimi Piee dipecah masuk

Rumah pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipecah masuk ketika dia keluar untuk sesi latihannya di Pusat Latihan Selangor, semalam.



2. Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan menerima suapan RM350,000 pada empat tahun lalu.


3. Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000

Mohd Syafeeq Mohd Shukri yang juga anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar hari ini atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM19,000.


4. Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis

Satu pengendali ramalan nombor berlesen dan empat yang lain memohon kebenaran di Mahkamah Rayuan untuk memulakan cabaran undang-undang terhadap keputusan kerajaan negeri Perlis menghentikan pembaharuan lesen untuk kedai perjudian di Kangar.


5. Serangan asid: CCTV dipercayai rakaman insiden terhadap Faisal Halim tular

Menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun @Onefootball.my kelihatan sosok menyerupai Faisal Halim sedang berjalan menuju ke arah kenderaan yang dinaikinya bersama isteri dan anak.


6. PM Anwar pertahan isu berjumpa Hamas, wujudkan penyelesaian secara aman

Anwar berkata, beliau telah memujuk mereka bagi mencari penyelesaian secara aman yang boleh diterima semua pihak.


7. Terlerai sudah: 'Kami bukan lagi suami isteri' - Hisyam Hamid

Bagaimanapun bintang berusia 39 tahun itu enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perpisahan berlaku, namun menegaskan masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi.


8. ATM sahkan anggota MALBATT meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung

Anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.


9. Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.


10. Keputusan SPM 2023 boleh disemak melalui SMS, laman sesawang KPM

Semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 boleh menyemak keputusan masing-masing bermula 10 pagi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara dalam talian pada Isnin ini.