ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Jun 2024.

1. Rasionalisasi: Harga permulaan diesel di Semenanjung RM3.35 seliter bermula esok

Harga diesel akan diselaraskan mengikut pasaran semasa, bermula tengah malam ini (Isnin, 10 Jun), dengan harga permulaan di semua stesen runcit petrol di Semenanjung Malaysia, ditetapkan pada RM3.35 seliter.


2. Jenazah Tan Sri Musa selamat dikebumikan

Jenazah bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad selamat dikebumikan pada 10.40 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.


3. Op Samseng Jalanan: 121 penunggang kena tolak motosikal beramai-ramai ke balai

Bukan setakat disaman, malah 121 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka sejauh satu kilometer ke Balai Polis Senawang selepas ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat sini pada malam Sabtu.


4. Warga emas diugut gambar bogel disebar, rugi lebih RM40,000

Seorang lelaki warga emas kerugian RM44,500 apabila diperas seorang wanita warga asing yang mengugut akan menyebarkan video bogelnya.


5. Arab Saudi keluarkan 1.7 juta Kad Nusuk untuk Haji 2024

Sebagai persediaan menghadapi musim haji 1445H/2024, kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan 1.7 juta Kad Nusuk sebagai langkah bagi memastikan kelancaran proses haji.


6. Skuasy: Malaysia raih emas acara berpasukan campuran di Kejohanan Piala SEA

Pemain skuasy meningkat naik negara Sanjay Jeeva dan K. Sehveetrra mempamerkan prestasi cemerlang untuk membantu Malaysia meraih pingat emas acara berpasukan campuran pada Kejohanan Piala SEA selepas menewaskan tuan rumah Filipina 2-0.


7. Johan hampir terlepas pesawat tunai haji

Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud işu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya itu.


8. Nahas rombongan guru: Mangsa keempat meninggal dunia ketika menerima rawatan

Seorang lagi penumpang bas yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi Ahad, meninggal dunia, menjadikan jumlah mangsa yang maut akibat tragedi itu kepada empat orang.


9. Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat

uruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.


10. Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah

Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.