ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 11 Jun 2024.


1. Bihun, telur goreng tercemar ragut nyawa pelajar tingkatan 5, kanak-kanak 2 tahun

Seorang pelajar tingkatan lima dan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia akibat keracunan makanan, pada Isnin.



2. Isteri baru dikahwini maut, suami parah tercampak dari kenderaan

Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas terlibat dalam nahas jalan raya berhampiran Estet Ladang Tatau, Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju, Bintulu.


3. Kanak-kanak lima tahun maut didera, suami isteri ditahan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun maut disyaki akibat didera dalam kejadian di Taman Malkop, Ipoh, semalam.


4. Anwar terima laporan ada penjawat awam baik dikena tindakan kerana 'tekanan' pegawai tinggi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan mempertahankan penjawat awam yang menjalankan tugas dengan baik dan tidak akan terikut-ikut dengan tekanan daripada puak "penyakau".


5. Laksana segera resolusi gencatan senjata penuh di Gaza

Malaysia menggesa resolusi gencatan senjata penuh di Gaza yang diluluskan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin dilaksanakan sepenuhnya dengan segera.


6. Jemaah haji wanita meninggal dunia empat hari sebelum berwukuf

Berbaki empat hari sebelum berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun), seorang lagi jemaah haji negara meninggal dunia di Tanah Suci, menjadikan keseluruhan lima jemaah haji negara meninggal dunia setakat ini.


7. Malaysia lulus pelaburan pusat data, perkhidmatan awan RM114.7 bilion antara 2021-2023

Malaysia telah meluluskan pelaburan dalam pusat data dan perkhidmatan awan berjumlah RM114.7 bilion bagi tempoh 2021-2023, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya - Onn Hafiz

Sekurang-kurangnya, 30 peratus dari hasil cukai negeri yang disalurkan ke Kerajaan Persekutuan patut dipulangkan semula ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.


9. Pensyarah antara tiga penjawat awam ditahan miliki dadah - Polis 

Seorang pensyarah di sebuah universiti di Kelantan antara tiga penjawat awam yang ditahan menerusi Ops Tapis Bersepadu dan Ops Bersepadu Sempadan di negeri itu pada 26 Mei hingga 8 Jun lepas.


10. Indeks kos bahan binaan naik 1.6 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan

Indeks harga papan lapis mencatatkan peningkatan 1.6 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Mei 2024 berbanding bulan sebelum itu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).