ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Julai 2024.


1. "Muhyiddin tak faham kebebasan bersuara Ahli Parlimen" - Nazri

Keputusan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengekal kerusi enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) adalah tepat, kata Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.



2. Dua mayat ditemui kembung, berbau dalam kereta di tepi jalan

Titisan air dari sebuah kereta yang diletak di tepi jalan di sebuah taman perumahan di Taman Sri Rambai, Bukit Mertajam, membawa kepada penemuan dua mayat.


3. Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah

Pasangan suami isteri yang juga pempengaruh yang tular berhubung kes derma, direman selama empat hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan, bermula 2022 lalu.


4. PRK Nenggiri: Calon BN wakili Kerajaan Perpaduan - Asyraf Wajdi

Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan bersetuju meletakkan calon Barisan Nasional (BN) bagi mewakili kerajaan pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.


5. Isu dipecat Bersatu: 'PN jadikan kami ahli Parlimen Bebas' - 6 MP

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman menjelaskan, Perkara 49A(1) Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan mereka menyertai mana-mana parti.


6. Kebakaran: Dua kanak-kanak maut, ibu kritikal lemas asap tebal

Dua kanak-kanak maut manakala ibunya kritikal dipercayai sesak nafas akibat terhidu asap tebal di sebuah bilik sewa di tingkat tiga, Plaza Mahkota Melaka, Bandar Hilir.


7. Agama, kaum sering disalah guna untuk manfaat kumpulan tertentu - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata agama sering disalah guna untuk memanfaatkan kumpulan kecil tertentu akibat kejahilan atau salah faham.


8. Tidak berlaku kekosongan kerusi DUN Selat Klang - Speaker DUN Selangor

Tidak berlaku kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang yang disandang Datuk Abdul Rashid Asari, kata Speaker DUN Selangor Lau Weng San.


9. Perlembagaan Bersatu bertentangan Perlembagaan Persekutuan - Johari

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mendapati Arahan-arahan di bawah Fasal 10.5 Perlembagaan Bersatu adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


10. Ibu nafi anak bongsu meninggal dunia

Ibu kepada kanak-kanak lelaki yang kritikal selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah pada Ahad lepas menafikan anak bongsunya meninggal dunia hari ini.