Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 April 2025.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Kerajaan Negeri Selangor agar membatalkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 peringkat Negeri Selangor yang dijadualkan pada Ahad, 6 April.
Kerajaan Selangor memberi jaminan siasatan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya dilaksanakan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi negara mungkin mengalami sedikit impak susulan kadar tarif yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump baru-baru ini.
Kerajaan wajar mempertimbangkan pelaksanaan penangguhan cukai (tax delay) serta penubuhan satu dana bantuan khas berbentuk geran padanan ataupun pinjaman kewangan kepada pemain industri tertentu.
Tiada siapa menyangka, seorang kanak-kanak yang pernah dibuli dan dipukul di sekolah suatu masa dulu kini sudah menjejakkan kaki ke Juventus Creator Lab selepas mengharumkan negara dalam beberapa pertandingan dunia sebelum ini.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat melawat lokasi kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights.
Penyanyi rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 malam Jumaat.
Kerja-kerja penilaian akhir keselamatan di kawasan kawah kebakaran dan letupan paip gas di Putra Heights, dijangka selesai pada Ahad.
Kerajaan negeri akan meningkatkan penguatkuasaan ke atas lokasi pembuangan sampah haram terutamanya di kawasan berhampiran laluan saluran paip gas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Memasuki hari kelima sejak kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada pagi Selasa, mangsa insiden yang masih belum mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) dinasihatkan berbuat demikian sebelum pendaftaran ditutup sepenuhnya tengah hari esok.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


