MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 April 2025.
1. Tarif Trump: Malaysia ambil pendekatan ‘soft diplomacy’, akan hantar wakil ke AS untuk berunding - PM Anwar
Menurut Perdana Menteri, eksport negara ini bukan sekadar meningkatkan pertumbuhan ekonomi untuk Malaysia, tetapi juga mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi di Amerika.
2. Tragedi lubang pembetung: JKKP keluar notis henti kerja serta-merta
Tiga pekerja maut akibat terperangkap dalam lubang pembetung di tapak pembinaan sebuah resort di Kampung Ibol, Sumpitan.
3. Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat pengajian - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata pejabatnya juga tidak akan melayan rayuan pelaku insiden itu, jika mereka berbuat demikian.
4. Kes buli MRSM: Polis rekod keterangan lima pelajar
Kes buli ini melibatkan tujuh pelajar tingkatan tiga, termasuk mangsa dan perakam, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
5. Zayn Rayyan mati dijerut, telinga dipotong, dubur luka dimasukkan objek tumpul - Doktor pakar
Doktor pakar yang membedah siasat mayat Zayn Rayyan Abdul Matin menyimpulkan bahawa punca kematian kanak-kanak autistik itu ialah disebabkan jerutan di leher.
6. Kebakaran gas Putra Heights: Polis tidak ‘sorok’ kematian, henti lempar tohmahan - Hussein
Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terdapat kematian yang disembunyikan susulan insiden kebakaran gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
7. LSHSM perkenal rancangan serlahkan semula Menara KL sebagai mercu tanda utama negara
LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM), pengurusan baharu Menara Kuala Lumpur memperkenalkan pelan transformasi yang menyeluruh dan luar biasa untuk menyerlahkan semula mercu tanda negara berusia 28 tahun itu, dengan visi menjadikannya destinasi ikonik terunggul di Malaysia.
8. Najib ada kuasa tolak keputusan kewangan 1MDB - Saksi
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa untuk menolak sebarang keputusan kewangan yang dibuat oleh Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
9. Tarif Trump: Tengku Zafrul bakal ke AS, ketuai proses rundingan
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bakal ke Amerika Syarikat (AS) bagi mengetuai delegasi Malaysia berunding berkait tarif yang dikenakan pentadbiran Donald Trump.
10. Kunjungan Manchester United ke Malaysia tarik perhatian PM Anwar
Kunjungan kelab bola sepak Manchester United ke Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun menggamit perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.