awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
AS tekad laksana sekatan maksimum terhadap Maduro, Venezuela dakwa tindakan "tidak masuk akal"
Ganesh Kumar Bangah: ‘Bill Gates Malaysia’ pacu kebangkitan digital baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran gas Putra Heights: Polis tidak ‘sorok’ kematian, henti lempar tohmahan - Hussein

Khalis Khadir
Khalis Khadir
08/04/2025
08:20 MYT
Kebakaran gas Putra Heights: Polis tidak ‘sorok’ kematian, henti lempar tohmahan - Hussein
Hussein (foto) berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk menyembunyikan fakta termasuk membabitkan kes kematian. -Bernama
SUBANG JAYA: Polis menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya terdapat kematian yang disembunyikan susulan insiden kebakaran gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Ringkasan AI
  • Polis menafikan dakwaan bahawa terdapat kematian yang disembunyikan susulan insiden kebakaran gas di Putra Heights pada 1 April lalu.
  • Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menegaskan bahawa siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tiada fakta yang disembunyikan.
  • Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan kematian akibat insiden letupan tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk menyembunyikan fakta termasuk membabitkan kes kematian.
“Menyorok kematian sama sekali tidak benar. Polis tidak pernah menyorok apa-apa kematian di Malaysia ini. Kita juga tiada manfaat atau sebab untuk buat begitu.
“Kalau ada ahli keluarga atau rakan kepada sesiapa yang didakwa meninggal dunia dalam insiden ini, saya minta tampil ke balai polis buat laporan.
“Jangan buat tuduhan yang boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam sidang media, di sini, pada Selasa.
Tegas beliau, siasatan dijalankan secara menyeluruh membabitkan pelbagai agensi, merangkumi faktor mekanikal, alam sekitar dan operasi.
“Kita beri kemas kini setiap hari. Malah, orang ramai boleh lihat sendiri video rakaman dron yang menunjukkan kerja-kerja agensi di lokasi.
“Semua pihak berkuasa yang terbabit juga bersama dalam sidang media kita, boleh menjawab segala persoalan yang dicetuskan. Jadi, tidak timbul isu fakta disembunyikan,” ujarnya.
Tambah beliau, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan kematian akibat insiden letupan itu.
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#Putra Heights
#kebakaran paip gas
#sorok kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan