NATIONAL
Kes buli MRSM: Polis rekod keterangan lima pelajar

Sebelum ini tular rakaman video memaparkan sekumpulan pelajar lelaki menghempap kepala dan badan seorang pelajar lain dalam keadaan tertiarap di atas katil. - Gambar fail
NIBONG TEBAL: Polis merekodkan keterangan lima pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, dipercayai terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial sejak semalam.
Ringkasan AI
- Polis merekodkan keterangan lima pelajar MRSM yang dipercayai terlibat dalam kes buli yang tular di media sosial, dengan dua lagi pelajar akan direkodkan keterangan dalam masa terdekat.
- Kes buli ini melibatkan tujuh pelajar tingkatan tiga, termasuk mangsa dan perakam, dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
- Jawatankuasa disiplin MRSM mengesyorkan pelajar terlibat dalam kes buli ini ditamatkan pengajian daripada maktab tersebut.
"Setakat ini lima sudah direkodkan keterangan manakala dua lagi akan direkodkan keterangan dalam masa terdekat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Norazmi berkata pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan dalam masa terdekat sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.
Sebelum ini, polis mengesahkan video berdurasi satu minit 31 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang pelajar dibuli di asrama, berlaku di sebuah MRSM di Seberang Perai Selatan pada pertengahan tahun lepas.
Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki hari ini, berkata jawatankuasa disiplin MRSM mengesyorkan pelajar terlibat kes buli itu ditamatkan pengajian daripada maktab itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami