MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 18 April 2025.
Juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Asia 2025 Aaron Chia-Soh Wooi Yik berharap dapat mencapai kemuncak prestasi menjelang Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles (LA28).
Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bakal berdepan tindakan tata tertib apabila dikesan membuat hantaran komen jelik berkaitan politik di laman sosial miliknya pada penghujung Mac lalu.
Hampir 45,000 tiket perlawanan antara kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini pada 28 Mei sudah terjual setakat ini.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih lagi menyiasat kes berkenaan.
Isu kesilapan menyiarkan imej Jalur Gemilang yang tidak lengkap, tidak boleh dipandang ringan kerana bendera adalah simbol kedaulatan dan maruah negara.
6. Lantikan hakam selesai kemelut rumah tangga Zahnita, Abdul Zachkery
6. Lantikan hakam selesai kemelut rumah tangga Zahnita, Abdul Zachkery
Lantikan hakam dibuat bagi membolehkan rundingan lanjut dilakukan sebelum laporan diserahkan kepada mahkamah untuk tindakan selanjutnya berhubung tuntutan cerai.
Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memperoleh ganti rugi RM2.5 juta selepas menang dalam kes saman terhadap Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berhubung vaksin COVID-19 yang dimuat naik di media sosial, tiga tahun lepas.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kemelut pencerobohan tanah secara haram di negeri ini dinoktahi.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja tokoh dikenang kerana jasanya kepada negara, tetapi juga kerana kelembutan budi dan ketinggian pekerti.
Sindiket mengemukakan borang daftar kelahiran palsu yang ditumpaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lepas, dikesan menawarkan wang suapan antara RM5,000 hingga RM50,000 kepada individu terlibat bagi menguruskan proses pembelian bayi dan penyediaan sijil kelahiran.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami