NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 April 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 April 2025.
Institut Jantung Negara (IJN) mencipta sejarah perubatan negara apabila berjaya melaksanakan prosedur pemasangan Left Ventricular Assist Device (LVAD) Paediatrik pertama di Malaysia.
Perbincangan antara Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer berlangsung dalam suasana positif, dengan fokus diberi terhadap membantu industri dan pengeksport Malaysia.
Pembangunan semula kawasan perumahan lama di ibu negara bukan agenda mengusir orang Melayu, sebaliknya, langkah untuk menjamin kehidupan lebih bermaruah kepada rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau tidak merajuk meskipun timbulnya dakwaan beliau membuat persembahan secara berbayar dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Kesihatan Selasa lalu.
Mangsa mengalami kecederaan fizikal dan ugutan bunuh, yang memaksanya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri.
Mereka didakwa bersama-sama menakutkan secara jenayah dengan ugutan hendak menyebabkan kematian terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22.
Datuk Seri Nancy Shukri mempertahankan tindakan PDRM dalam mengeluarkan data jenayah seksual dan narkotik di Kelantan, menegaskan ia berdasarkan siasatan rasmi.
Seorang anggota polis putus telinga kiri selepas digigit oleh seorang lelaki warga Afrika yang mengamuk di sebuah klinik di Metro Prima, Kepong.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari.
Penyokong bola sepak yang hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2024/2025 antara Johor Darul Ta'zim FC menentang Sri Pahang FC di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam esok dinasihatkan tidak membawa masuk barangan terlarang.