NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 01/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Mei 2025.


1. Kadar pengangguran menurun 3.1 peratus, terendah dalam 10 tahun - Steven Sim

Jumlah individu yang bekerja meningkat daripada 16.91 juta hujung tahun 2023 kepada 17.34 juta pada hujung tahun 2024.



2. 'Barah tunggakan gaji Liga Super mesti dibunuh'

Semua pihak yang terlibat dalam pembangunan kelab bola sepak perlu mencari jalan keluar kepada permasalahan kestabilan.


3. Wartawan veteran Nas Ahmad meninggal dunia

Allahyarham yang berusia 63 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sungai Buloh.


4. Hari Pekerja 2025: Henti amalan tindas pekerja, beri gaji bermaruah - PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan majikan di seluruh negara agar tidak menindas pekerja selain memberikan mereka gaji bermaruah.


5. Kanak-kanak lima tahun maut tertinggal dalam van sekolah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.


6. PRN Sabah: Belum masanya umum calon 'poster boy' - Ahmad Zahid

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa pemilihan calon Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dikemudiankan sehingga keputusan PRU atau PRN diumumkan.


7. PRK Ayer Kuning: Tun Faisal sanggah saranan penganalisis agar Muhyiddin letak jawatan

Kekalahan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 26 April tidak sepatutnya dikaitkan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pengerusi.


8. Kerajaan komited bangun infrastruktur di perumahan generasi kedua hingga empat Felda

Kerajaan komited dalam usaha membangunkan infrastruktur di kawasan perumahan Felda generasi kedua hingga keempat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


9. Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurangkan

Harga telur ayam di pasaran kekal stabil meskipun kerajaan mengumumkan pengurangan kadar subsidi daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji yang berkuat kuasa hari ini, sebelum dihentikan sepenuhnya pada 1 Ogos nanti.


10. Tun Ramli Ngah Talib angkat sumpah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang

Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan di Dewan Sri Pinang berkuat kuasa 1 Mei 2025.







#berita pilihan #tempatan #poster boy #Hospital Sungai Buloh