POLITICS
PRN Sabah: Belum masanya umum calon 'poster boy' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika ditemu bual selepas Majlis Lebaran Kasih Aidilfitri FELDA di Padang Awam Felda Palong 3 hari ini. - Foto Bernama
JEMPOL: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata belum masanya untuk menentukan calon 'poster boy' bagi mana-mana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN) diumumkan.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa pemilihan calon Menteri Besar atau Ketua Menteri akan dikemudiankan sehingga keputusan PRU atau PRN diumumkan.
- Ahmad Zahid telah memberikan panduan kepada kepimpinan UMNO Sabah untuk menghadapi PRN, dengan fokus kepada kemenangan calon yang diketengahkan.
- Walaupun menghormati cadangan Ketua Penerangan UMNO Sabah untuk menjadikan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai 'poster boy', Zahid menegaskan belum masanya untuk mengetengahkan mana-mana individu.
"Saya sendiri akan berunding dengan kepimpinan UMNO Sabah bagi menentukan siapa yang boleh diterima oleh Ahli Dewan Undangan Negeri dan siapa yang boleh mengetuai kerajaan negeri apabila jumlah kerusi diperoleh paling banyak oleh mana-mana kumpulan parti di Sabah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian selepas menghadiri Majlis Lembaran Kasih Aidilfitri Bersama Warga Felda di Padang Awam Palong 3 yang turut dihadiri anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz dan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir yang mencadangkan Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, sebagai 'poster boy' BN pada PRN nanti.
Ahmad Zahid juga berkata beliau menghormati keputusan itu tetapi menyifatkan belum masanya untuk mengetengahkan mana-mana individu atau pemimpin sebagai 'poster boy'.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami