[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 02/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Mei 2025.
1. Tiga maut dalam kemalangan di Lebuhraya KL-Seremban
Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar pembahagi jalan di susur keluar Lebuhraya KL-Seremban, awal pagi tadi.
2. Salah tekan pedal minyak, kereta terbabas ke medan selera
Sebuah kenderaan jenis Toyota Fortuner yang dipandu oleh seorang lelaki terbabas ke dalam kawasan Laman Selera MPAJ di Jalan Kerja Air Lama, Ampang, pada Khamis.
3. Keterbukaan Malaysia terhadap China, ini reaksi anak muda PH, PN...
Ketika negara berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif kepada rakan dagangnya termasuk Malaysia, setiap tindakan diplomasi yang boleh menyentuh sensitiviti AS pastinya perlu dilakukan dengan cermat.
4. Tiga bulan pendekatan advokasi sebelum penguatkuasaan harga ubat
Fokus utama dalam tempoh ini adalah penguatkuasaan pendidikan, di mana KKM akan menjalankan advokasi dan memantau pelaksanaan perintah.

5. Sarawak dakwa Petronas Carigali beroperasi tanpa lesen di Terminal Miri
Kerajaan Negeri Sarawak dilaporkan telah mengeluarkan notis undang-undang kepada Petronas Carigali Sdn Bhd kerana didakwa menjalankan operasi tanpa lesen di Terminal Minyak Mentah Miri.
6. Tiada isu Rafizi bercuti lama - PM Anwar
Rafizi dilaporkan bercuti sehingga 31 Mei, dengan spekulasi menyatakan ia berkaitan ketidakpuasan hati terhadap perjalanan pemilihan parti.
7. UMNO perlu kembali dominan pada PRU akan datang - Ahmad Zahid
UMNO perlu menjadi dominan semula dengan memenangi kerusi Parlimen terbanyak dalam kalangan parti politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
8. Kita tak boleh bagi JDT menang saja, liga akan 'boring' - Presiden KLFA
PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, menegaskan Kuala Lumpur City sedia untuk menjadi pencabar utama Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025/26.
9. Pencalonan Pemilihan Pusat PKR ditangguh ke 8-9 Mei - Dr Zaliha
Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat dan Wanita Pusat yang dijadual esok hingga Ahad, ditangguhkan ke 8 hingga 9 Mei ini.
10. Petronas tegaskan komitmen kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan PETROS
Petronas menegaskan komitmen untuk terus menjalin kerjasama secara konstruktif dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Sarawak dan PETROS.
#berita pilihan #tempatan #Liga Malaysia #Perikatan Nasional