MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 03/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 3 Mei 2025.
1. Budak lelaki maut nahas tiga kenderaan
Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala sembilan lagi cedera dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 44.2 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat.
2. Kerajaan MADANI terus pergiat usaha sokong anak seni tempatan - PM Anwar
Kerajaan MADANI akan terus mempergiat usaha menyokong anak-anak seni tempatan agar mereka mampu menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu tinggi.
3. Guru tikam anak guna pisau pemotong sayur direman tujuh hari
Seorang guru lelaki yang disyaki menikam anak lelakinya sebanyak dua kali menggunakan pisau pemotong sayur sehingga parah di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.
4. Eda Ezrin, suami dan empat rakan ditahan sebulan lagi di penjara
Pendakwa raya memberi alasan masih mengumpul bukti dan saksi baharu, dengan kemungkinan lanjutan tempoh sehingga 6 Julai sebelum rayuan rasmi dikemukakan.
5. Rafizi persoal keupayaan Kelantan kutip cukai sendiri
Menurut Rafizi, cukai Persekutuan berkait rapat dengan perniagaan dan pendapatan individu, yang penting bagi pembangunan ekonomi negeri.
6. Polis sudah rakam keterangan pegawai SPRM, peguam wanita dipercayai diculik
Polis telah mengambil keterangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan peguam kepada wanita dikenali sebagai Pamela Ling, yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan kepada SPRM, 9 April lalu.
7. Pearly Tan-Thinaah bakal huni ranking keempat dunia BWF
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, dijangkakan bakal melojak ke kedudukan ranking keempat dunia menjelang kemas kini rasmi daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa depan.
8. Nadeera menangis, tiket 'showcase' habis terjual dalam tiga minit
Penyanyi, Nadeera tidak dapat menahan sebak apabila tiket showcase sulungnya bertajuk An Evening With Nadeera habis terjual hanya dalam masa tiga minit.
9. KPDN pantau ketat harga, bekalan telur berikutan pengurangan subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memantau ketat harga dan bekalan telur berikutan pengurangan subsidi terhadap barangan itu yang bermula Khamis lepas (1 Mei), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
10. KKM muktamad caj konsultasi GP dalam masa sebulan - Dr Dzulkefly
Penentuan caj konsultasi baharu perubatan am (GP) akan diumumkan selewat-lewatnya dalam masa sebulan dari sekarang.
#berita pilihan #tempatan #kpdn #Malaysia Airlines