NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Mei 2025.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menangguhkan sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan mengenai isu Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) atas dasar kepentingan bersama.
Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung lalu terbakar dalam kemalangan di Jalan Sungai Kechil berdekatan Jawi Golf Resort, di Nibong Tebal.
Malaysia kini berada di ambang kemunduran ekonomi sekiranya tiada reformasi menyeluruh dilaksanakan terhadap sistem pendidikan dan struktur pekerjaan negara.
Polis telah mengambil keterangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan peguam kepada wanita dikenali sebagai Pamela Ling, yang dipercayai diculik ketika dalam perjalanan untuk memberi keterangan kepada SPRM, 9 April lalu.
Mohammed Asrwry lebih mesra dipanggil dengan nama jolokan Mat Kilau, sering menjadi tumpuan pembeli dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISB) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Situasi penyalahgunaan dan penyeludupan dadah di Kelantan sangat membimbangkan berdasarkan data tangkapan, reman dan sabitan yang menunjukkan trend peningkatan sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menteri Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah ini memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan bekalan pada harga lebih murah sekali gus menstabilkan harga telur ayam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk memperkukuh hubungan kerjasama meliputi pelbagai bidang.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selain tidak pernah dibincangkan di dalam parti itu.