NATIONAL
Mat Kilau Madinah, pilihan rakyat Malaysia

Mohammed Asrwry atau mesra disapa Mat Kilau petah berbahasa Melayu dengan loghat Pantai Timur dan sangat masyhur dalam kalangan jemaah Malaysia.
MADINAH: Jika anda pertama kali menjejakkan kaki di Madinah atau Mekah, jangan terkejut, sebaik tiba di lapangan terbang, ada orang Arab yang menyapa dengan bahasa Melayu.
Pengunaan bahasa Melayu, lebih kerap didengar di lorong-lorong kedai atau kompleks menjual barangan.
Ada sahaja peniaga Arab yang bercakap Melayu apabila mengetahui ada rakyat Malaysia.
Sememangnya bahasa Melayu di Arab Saudi, terutama di Mekah dan Madinah, sudah lama berakar umbi.Mohammed Asrwry lebih mesra dipanggil dengan nama jolokan Mat Kilau, sering menjadi tumpuan pembeli dari Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Petah berbahasa Melayu dengan loghat Pantai Timur, menjadi kelebihan menarik pelanggan datang membeli di kedainya.
"Saya belajar bahasa Melayu dengan kawan-kawan dan pelanggan, kadang-kadang saya tengok youtube dan belajar," katanya.
Mat Kilau juga kerap tular di aplikasi TikTok.
Minyak wangi, jubah, telekung, kopiah dan barangan kebiasaan yang dijual oleh peniaga Arab.
Tapi rakyat Malaysia tetap memilih Mat Kilau.
Tidak diketahui, siapa yang memberikan nama jolokan Mat Kilau.
"Dari mana saya dapat nama Mat Kilau itu tidak penting, tapi saya meminati Mat Kilau, terutama selepas saya menonton filem kisah Mat KIlau," ujarnya.
Apabila berbual dengan pelanggan, dia juga selalu bertanya perkembangan artis dan politik.
Nama-nama pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahkan pelakon terkenal, Fatah Amin, akan selalu ditanya kepada pelanggan dari Malaysia.
Mungkin juga kerana minat atau strategi menarik pelanggan.
Apapun yang pasti mesti, ramai pelanggan yang rasa teruja apabila Mat Kilau bertanya semua nama tersebut.
Inilah Mat Kilau versi Arab.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami