awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cadangan bubar MCA, sertai DAP tidak mungkin berlaku - Loke

Bernama
Bernama
04/05/2025
14:45 MYT
Cadangan bubar MCA, sertai DAP tidak mungkin berlaku - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selain tidak pernah dibincangkan di dalam parti itu. - Foto BERNAMA
SEREMBAN: Cadangan supaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP tidak mungkin berlaku, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadi Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata cadangan berkenaan juga tidak melambangkan pendirian DAP selain tidak pernah dibincangkan di dalam parti itu.
"Bagi saya perkara itu tidak timbul. Secara terus terang saya katakan itu pandangan beliau (Chong) sahaja.
"Beliau boleh memberikan pandangan, namun pertama sekali ia bukanlah pendirian parti dan kedua, saya tidak nampak ada kemungkinan seperti itu," kata Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.
Loke berkata demikian kepada pemberita selepas majlis minum petang dan pemberian insentif kepada 219 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 peringkat Parlimen Seremban di sini hari ini.
Semalam, media melaporkan Chong menyarankan MCA dibubarkan dan menyertai DAP sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, keadilan dan kemajuan sejati di negara ini selain menyatakan parti komponen Barisan Nasional (BN) itu sudah tidak lagi mewakili masyarakat Cina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cadangan MCA dibubar
#sertai DAP
#Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan