Terkini: Kes Kematian Zara Qairina – Ikuti Perkembangan di Sini
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 06/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Mei 2025.


1. Kes SRC: AGC mohon lanjutan sebulan untuk putuskan representasi Najib

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Jabatan Peguam Negara masih belum membuat keputusan berhubung representasi Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram yang melibatkan dana RM27 juta daripada SRC International Sdn Bhd.



2. Suami enggan ceraikan Nora, mahu pertahan rumah tangga

Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh sebutan kedua kes perceraian penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin selepas suaminya, Dr Rushdi Ramli, enggan melafazkan cerai dalam prosiding pertama yang berlangsung hari ini.


3. Kalau tidak mampu jangan pegang kuasa - Hannah

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa agar tanggungjawab mengurus kelab bola sepak hanya diberikan kepada pihak yang benar-benar berkeupayaan dari segi kewangan dan pengurusan demi memastikan kelangsungan liga domestik serta menjaga kebajikan pemain.


4. Kehilangan Pamela: Suami, beberapa individu mungkin suspek - KPN

Setakat ini, seramai 16 individu telah diambil keterangan termasuk suami kepada Pamela, yang masih berada dalam negara.


5. Petronas harus dipelihara demi negara - Ketua Pembangkang

Berbanding konfrontasi perlu ada kerjasama, kata Hamzah.


6. Malaysia perlu bina daya tahan ekonomi domestik - PM Anwar

Negara perlu memperkukuh ekonomi tempatan untuk memastikan kestabilan dalam menghadapi ketidaktentuan global.


7. 1MDB berniat jahat failkan saman terhadap saya - Mohd Irwan Serigar

Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa syarikat pelaburan negara itu berniat jahat apabila memfailkan saman terhadapnya pada Mei 2021.


8. Rafizi sudah kembali bertugas hari ini - Chang

Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli kembali bertugas hari ini selepas dilaporkan mengambil cuti panjang.


9. Tarif Trump: "Saya jarang puji tapi Kerajaan Madani memang bijak tangani" - Nazir Razak

Pendekatan Malaysia menangani isu tarif Amerika Syarikat perlu diberi pujian dan dijadikan ikutan negara lain di rantau ini.


10. Pemilihan PKR: Ketua Cabang Melaka sokong Nurul Izzah tanding Timbalan Presiden

Lima Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka menyatakan sokongan terbuka dan keyakinan penuh kepada Nurul Izzah Anwar sebagai calon Timbalan Presiden parti itu bagi sesi 2025 hingga 2028.




#berita pilihan #tempatan #1MDB #SRC International