[LAPOR LANGSUNG] Inkues Zara Qairina – Kemas Kini Terkini & Fakta Penting – Ikuti Di Sini.
NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 13/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 Mei 2025.


1. 9 anggota FRU maut kemalangan dengan lori muatan kerikil

Sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan melibatkan trak dinaiki mereka dengan sebuah lori membawa muatan batu kerikil pagi Selasa.



2. ICAO putuskan Rusia tembak jatuh pesawat MH17

Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) memutuskan bahawa Rusia bertanggungjawab terhadap insiden tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.


3. Tragedi kemalangan berdarah FRU berulang setelah 35 tahun

Selepas lebih tiga dekad, negara sekali lagi dikejutkan dengan insiden menyayat hati membabitkan kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), yang menggamit semula ingatan terhadap tragedi hitam di Lebuhraya Karak pada tahun 1990.


4. Setiap haiwan liar ditangkap akan dipasang mikrocip - Perhilitan

Setiap haiwan liar, termasuk gajah yang ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan dipasang dengan alat pengesan atau mikrocip sebelum translokasi dilaksanakan.


5. Permohonan Muhyiddin rujuk isu Akta Hasutan akan didengar hakim lain

Permohonan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merujuk persoalan undang-undang berkaitan Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan akan didengar di hadapan hakim lain.


6. Nahas FRU: Pemandu lori ada enam rekod jenayah lampau, pernah dipenjara kes rogol - Ayob Khan

Pemandu lori yang didakwa merempuh trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sehingga menyebabkan sembilan anggota terkorban mempunyai enam rekod jenayah lampau termasuk satu kes rogol.


7. Penghormatan terakhir untuk sembilan anggota FRU sebelum dihantar ke kampung halaman

Jenazah sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus - Sungai Lampam, pada pagi Selasa, akan diberi penghormatan terakhir sebelum dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing.


8. Nahas trak FRU: Waris terima pampasan dan bantuan hingga RM269,700

Waris kepada sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi akan menerima bantuan kewangan antara RM58,000 hingga RM269,700.


9. Anggota FRU maut kemalangan: Dentuman kuat, saksi dengar laungan 'Allahuakbar', ratapan sayu

Laungan 'Allahuakbar' dan tangisan menyayat hati memecah kesunyian pagi dalam kejadian nahas mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pada Selasa.


10. Kebakaran gas Putra Heights: Dua tahun untuk bina semula, baik pulih rumah terjejas

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada awal bulan lepas dapat dibina dan dibaik pulih sepenuhnya dalam tempoh dua tahun.















#berita pilihan #tempatan #KPKT #Malaysia Airlines