MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 17/05/2025 | 15:59 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 17 Mei 2025.


1. Kes COVID-19 terkawal, KKM terus pantau rapi

Sejumlah 11,727 kes direkodkan dari Minggu Epidemiologi (ME) 1 hingga ME19 tahun ini, dengan trend penurunan berterusan sejak awal tahun.



2. Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan

Bagi guru besar KAFA pula, kadar elaun baharu ialah RM1,600 berbanding RM1,350 sebelum ini, iaitu kenaikan RM250.


3. 'Kami boleh jual balak, tapi kami ada prinsip' - Anwar

Anwar menjelaskan bahawa lebih 52 peratus daripada tanah negara masih diliputi hutan dara, menjadikan Malaysia antara negara yang paling hijau di rantau ini.


4. Sidang Kemuncak ASEAN: KPM beri kebenaran 71 sekolah laksana PdPR

Kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.


5. Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - Polis

Rudi Zulkarnain Md Radi akan terus ditempatkan di lokap Batu Gajah hingga tarikh sebutan semula kes ditetapkan mahkamah iaitu pada 17 Jun depan.


6. Saifuddin Nasution sangkal dakwaan PKR berdepan amalan politik wang

Lembaga Disiplin parti tidak menerima sebarang aduan mengenai tindakan politik wang setakat ini seperti yang didakwa.


7. Media sosial mendominasi, etika kewartawanan terpinggir?

Ketika dunia melangkah lebih jauh ke dalam era digital dan teknologi pintar, persoalan mengenai kebebasan media semakin mencetuskan perdebatan bukan sahaja dalam kalangan pengamal media, malah melibatkan rakyat umum.


8. MCMC turunkan 32,436 kandungan penipuan dalam talian dari Januari hingga April

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menurunkan 32,436 kandungan berkaitan penipuan dalam talian dari Januari hingga April lepas melibatkan nilai kerugian hampir RM800 juta.


9. Lebih 280 aduan diterima JPP PKR diteliti, diambil tindakan - Dr Zaliha

Lebih 280 aduan yang diterima Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR sepanjang proses pemilihan parti itu yang melibatkan pelbagai peringkat termasuk semasa pencalonan, kempen dan keputusan cabang telah diteliti satu per satu.


10. PRN17: UMNO Sabah diberi autonomi buat keputusan bekerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid

Kepimpinan UMNO Sabah diberi kuasa autonomi untuk berbincang dan membuat keputusan mengenai kerjasama dengan parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang, kata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.







#berita pilihan #tempatan #COVID-19 #media sosial