NATIONAL
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Mei 2025.
Seorang maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan beberapa buah kenderaan di Kilometer 366 Lebuhraya Utara-Selatan, antara Sungkai dan Slim River, malam tadi.
Tiga rakyat Malaysia telah dianugerahkan ‘World No Tobacco Day Award’ oleh Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sesi pembukaan Perhimpunan Kesihatan Sedunia tahunan baru-baru ini.
“Ibarat patah sebelah sayap.” Itu antara luahan perasaan isteri kepada Allahyarham Abdullah Mat, 59, yang meninggal dunia ketika melakukan tawaf sunat pada pusingan kelima di tingkat satu, Masjidil Haram.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar memberi peringatan tegas bahawa parti itu berisiko untuk ‘hilang’ dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang sekiranya barisan kepimpinannya gagal untuk bersatu dan memperkukuh kerjasama dalaman.
Dua anggota di ICU HTI diberikan bantuan pernafasan, sementara seorang lagi menjalani prosedur pembedahan. Anggota di ICU Hospital Raja Permaisuri Bainun pula menerima bantuan oksigen.
Dr Mahathir menegaskan bahawa sebarang rundingan harus memastikan kepentingan Sarawak terpelihara tanpa menjejaskan kedudukan Petronas sebagai syarikat global.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima berkaitan penemuan mayat di lokasi tersebut.
Tinjauan pada minggu kedua kempen Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR/Keadilan) menunjukkan Nurul Izzah Anwar mendahului pencabarnya Datuk Seri Rafizi Ramli dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
Ketakutan terhadap pihak polis adalah antara faktor utama yang menghalang mangsa gangguan seksual daripada tampil membuat laporan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 tahun kepada 65 tahun.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami