NATIONAL

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/05/2025 | 15:58 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Mei 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Mei 2025.


1. Malaysia bakal kembali di puncak! FeiDin bergelar beregu nombor satu dunia bermula Selasa ini

Beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bakal secara rasmi menjadi pasangan nombor satu dunia bermula Selasa ini, menggantikan tempat wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.



2. ASEAN: Sarawak bakal jadi negeri berpendapatan tinggi, peneraju ekonomi hijau Asia

Sarawak bakal muncul sebagai negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030 sambil memainkan peranan utama dalam peralihan tenaga hijau serantau.


3. Jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM satu amanah, bukan simbol legasi - Azam

Lebih empat dekad mencurahkan bakti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki tetap teguh dengan prinsip tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan atau sanjungan atas segala jasanya.


4. ASEAN muktamad rundingan ACFTA 3.0, ATIGA bagi perkukuh integrasi dan pertumbuhan - Tengku Zafrul

Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN hari ini memuktamadkan rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0, dan penyempurnaan naik taraf Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA), satu langkah penting untuk integrasi ekonomi dan pertumbuhan yang lebih utuh.


5. Perjanjian grid kuasa ASEAN dimeterai Okt 2025 - Tengku Zafrul

Rundingan mengenai Memorandum Perjanjian Dipertingkatkan bagi Grid Kuasa ASEAN (APG), yang bertujuan memperkukuh keselamatan, kesalinghubungan dan kemampanan tenaga, dijangka dimuktamadkan dan dimeterai pada Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43, Oktober ini.


6. ASEAN25: Jumlah instrumen undang-undang diturunkan, permudah proses penyertaan Timor Leste

Timor Leste perlu bekerja lebih keras untuk memenuhi Instrumen Undang-Undang ASEAN supaya dapat menjadi anggota penuh blok rantau itu.


7. Anwar puji kejayaan Grid Kuasa ASEAN, hargai peranan Vietnam pacu peralihan tenaga serantau

Malaysia menghargai peranan Vietnam yang disifatkan selaku rakan karib apabila dapat memutuskan keputusan penting seperti projek Grid Kuasa ASEAN (APG).


8. Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron-Wooi Yik untuk muncul juara Masters Malaysia

Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun akhirnya menebus kekecewaan sebagai naib juara edisi 2023 apabila muncul juara Masters Malaysia 2025 selepas mengejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.


9. Hari Raya Aidiladha dijangka jatuh pada 6 Jun - Pusat Astronomi Antarabangsa

Umat Islam di kebanyakan negara Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidiladha pada 6 Jun ini (Jumaat), menurut Pusat Astronomi Antarabangsa.


10. Tidak selesai aspek kewangan punca KDA FC gagal peroleh Lesen Kebangsaan

Kegagalan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memperoleh Lesen Kebangsaan untuk musim 2025/2026 berpunca daripada aspek pematuhan kewangan yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.



#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita tumpuan