MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Jun 2025.
Bas tersebut yang membawa pelajar dari UPSI sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak.
Kejayaan ini adalah hasil kerja dan komitmen tinggi, khususnya warga TH di lapangan dan Sahabat Maktab yang menyantuni jemaah haji.
Abdul Malik Sudin meninggal dunia di Hospital King Abdullah, pada jam 4.31 petang pada Ahad, akibat serangan jantung.
PDRM bersama beberapa agensi lain termasuk MIROS, PUSPAKOM, JPJ, dan Kementerian Kerja Raya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kemalangan yang meragut 15 nyawa di Gerik.
5. SST: Semakan semula, peluasan skop secara bersasar mulai 1 Julai - MOF
5. SST: Semakan semula, peluasan skop secara bersasar mulai 1 Julai - MOF
Langkah itu bertujuan mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian, tanpa membebankan rakyat terbanyak.
Beliau memaklumkan tiada sebarang perbincangan dibuat mengenai perkara itu dan tidak bersetuju dengan konsep pencetusan PRK tanpa keperluan yang mendesak.
Insiden kecurian kabel sistem semboyan dan komunikasi di tiga laluan utara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini telah mengakibatkan kelewatan tren melebihi 60 minit bagi perkhidmatan Komuter Utara dan tren elektrik (ETS).
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada syarikat pengendali bas yang terlibat dalam nahas di Lebuhraya Timur–Barat, Gerik yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Semua pihak berwajib harus mengenal pasti dan menerima kelemahan yang ada untuk melakukan penambahbaikan terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang dan peraturan susulan kemalangan maut yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Idris (UPSI) awal pagi tadi.
Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami