MALAYSIA
Kemalangan bas UPSI: PDRM tubuh pasukan petugas khas

Mohd Yusri ditemui media di Hospital Gerik hari ini berkaitan nahas kemalangan jalan raya di KM53 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli. - Foto Bernama
GERIK: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama pelbagai pihak akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat kemalangan yang meragut 15 nyawa di KM53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.
Ringkasan AI
- Pasukan petugas khas ditubuhkan: PDRM bersama beberapa agensi lain termasuk MIROS, PUSPAKOM, JPJ, dan Kementerian Kerja Raya akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kemalangan yang meragut 15 nyawa di Gerik.
- Seruan kepada orang awam: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian supaya tampil membantu siasatan yang kini berada di peringkat awal.
- Tindakan terhadap pemandu bas: Pihak berkuasa berusaha melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk mendakwa pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan itu.
"Di sini saya ingin menasihatkan kepada orang ramai, jika ada apa2 maklumat ataupun info atau sebagainya tentang kemalangan ini, silalah tampil kepada pihak polis untuk membantu siasatan.
"Sekarang ini baru saja di peringkat permulaan awal siasatan, kita akan menyiasat dalam pelbagai sudut, daripada rekod dia, background dia, apa dia punya kegiatan dia sebelum ini ataupun kerjaya sebelum ini, kita akan siasat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Hospital Gerik pada Isnin.
Menurut beliau lagi, pihaknya akan melengkapkan kertas siasatan secepat mungkin untuk mendakwa pemandu bas yang terbabit.
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kemalangan melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI dan sebuah kenderaan di Jalan Raya Timur-Barat Banun, berdekatan Tasik Banding, Gerik awal pagi tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami