MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Jun 2025.
Mahkamah Tinggi hari ini menolak representasi Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana RM27 juta milik SRC International Sdn Bhd oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).
Kediaman seorang individu bergelar Tan Sri yang dikaitkan kes penyelewengan dana sukuk pembinaan sebuah lebuh raya di Lembah Klang dikawal ketat polis bantuan pagi Rabu.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan membatalkan serta-merta lesen pengendali dan semua permit kenderaan milik sebuah syarikat bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di Gerik, Perak, baru-baru ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu bersepakat untuk membangunkan pangkalan data bagi memeriksa rekod lampau pemandu bas, termasuk kesalahan lalu lintas.
Kerajaan mengumumkan beberapa langkah bantuan kepada keluarga mangsa tragedi kemalangan bas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak awal pagi Isnin lalu.
"Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni" dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 (HKHM2025) manakala logo Malaysia MADANI kekal sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.
Laporan teknikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mengenai nahas trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang meragut nyawa sembilan anggota boleh diakses orang awam mulai Khamis.
PETROS memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi mengisytiharkan tuntutan Petronas ke atas jaminan bank yang dikeluarkan oleh Maybank Islamic Berhad sebagai tidak sah.
Kadar pengangguran Malaysia mencatatkan penurunan kepada 3.0 peratus pada April 2025, mencapai kadar terendah dalam tempoh sepuluh tahun, dengan 525,900 penganggur.
Kerajaan akan terus memastikan barangan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam dan ikan, kekal bebas cukai demi menjamin keterjaminan makanan rakyat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami