MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Jun 2025.
Bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, dilepaskan dan dibebaskan tanpa membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan.
Anggota polis yang didakwa membunuh Nur Farah Kartini Abdullah yang mayatnya ditemukan di ladang kelapa sawit pada tahun lepas, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi pada Khamis.
Siasatan mendapati lori membawa batu kerikil secara tidak sah dan melebihi had muatan sebanyak 70.67%.
Datuk Razali Idris diperintah membela diri atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap institusi kehakiman semasa PRK Kemaman dua tahun lalu.
Polis menahan seorang pelajar Tingkatan Lima selepas disyaki membunuh ibu dan abang sulungnya di kediaman mereka di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai Melaka pagi Khamis.
Dua lagi jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian jemaah negara bagi musim ini meningkat kepada 13 orang.
Proses rakaman keterangan seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri yang disiasat berhubung skandal penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang ditangguh sehingga minggu depan akibat masalah kesihatan.
Pemandu bas yang terlibat dalam nahas yang meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lalu akan didakwa esok.
Tujuh kenderaan mengalami kerosakan kecil berikutan satu letupan di sebuah kedai buah-buahan di Jalan Gudang Nenas, Bandar Baru Klang selepas bahan kimia karbida (kalsium karbida) yang digunakan untuk mempercepatkan proses pemeraman buah, meletup dalam kejadian pada 5.21 minit petang Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita susulan insiden nahas tragik membabitkan Penerbangan Air India 171 berhampiran Ahmedabad, India hari ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami