MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 14/06/2025 | 15:55 MYT
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Jun 2025.


1. Warga Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Iran, Iraq, Jordan

Kementerian Luar Negeri menasihatkan semua warganegara Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Iran, Iraq dan Jordan susulan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah ekoran konflik antara Iran dan Israel.



2. Seorang maut, dua cedera ditembak ketika makan di Brickfields

Seorang lelaki maut manakala dua lagi rakannya cedera selepas disyaki ditembak dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, Kuala Lumpur, malam tadi.


3. NTW 2025: Kerajaan umum pengecualian levi setahun bagi institusi pendidikan swasta

Kerajaan mengumumkan pengecualian pembayaran levi selama setahun kepada semua institusi pendidikan swasta termasuk pendidikan vokasional mulai 1 Januari 2026.


4. Sekatan perjalanan: Fahmi Reza serah surat tuntutan

Aktivis Fahmi Reza mengemukakan surat tuntutan kepada Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Imigresen, dan Menteri Dalam Negeri berhubung sekatan perjalanan yang dikenakan terhadapnya.


5. Kemalangan bas UPSI: Tiada bukti sistem mekanikal gagal - Laporan awal

Kejadian itu berkemungkinan besar berpunca daripada faktor lain seperti faktor manusia dan keadaan jalan raya.


6. HAWANA 2025: RM30 juta perkasa AI dunia kewartawanan, terbesar sejak merdeka - PM

Perdana Menteri bersetuju memperuntukkan dana sebanyak RM30 juta supaya dunia kewartawanan tidak ketinggalan dalam mengejar perubahan kecerdasan buatan (AI).


7. Armizan setuju GRS, BN bertembung di PRN Sabah

Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali, menyatakan persetujuan terhadap hasrat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin agar GRS dan BN bertembung dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.


8. Empat hari hidu bau busuk bongkar penemuan mayat jiran

Tidak tahan menghidu bau busuk sejak empat hari pulang daripada menyambut Hari Raya Aidiladha membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas di Jalan Pandan Indah, di sini, pada Jumaat.


9. Kebebasan media tonggak amalan demokrasi yang perlu dipertahankan - PM Anwar

Kebebasan media adalah antara tonggak utama amalan demokrasi yang perlu terus dipertahan dan diperkukuhkan di negara ini, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. Video tular libatkan Ketua Polis Johor dipalsukan guna teknologi AI

Ketua Polis Johor Datuk M. Kumar menafikan sebuah video tular di platform TikTok yang memaparkan individu didakwa menyerupai beliau menerima bantuan daripada 'Datok Abdul Malik'.



#berita tumpuan #berita tempatan #berita pilihan #berita utama