awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Kanak-kanak maut dilanggar kereta peronda polis di Belgium
MALAYSIA
Pengeluaran sekali gus boleh jejas keselamatan persaraan jangka panjang
MALAYSIA
KWSP gesa reformasi sistem persaraan, kesihatan hadapi penuaan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Masalah dadah, vape dalam kalangan belia Melayu membimbangkan, tangani segera - PM

Bernama
Bernama
18/06/2025
10:50 MYT
Masalah dadah, vape dalam kalangan belia Melayu membimbangkan, tangani segera - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kebimbangan terhadap gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluahkan kebimbangan terhadap gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia khususnya anak muda Melayu.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan gejala penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia, khususnya anak muda Melayu, dan menggesa penyelesaian menyeluruh melibatkan kaunseling serta pendekatan dakwah.
  • Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah menangani penjualan bahan terlarang termasuk cecair vape yang mengandungi dadah.
  • Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI yang dihadiri lebih 1,000 pendidik dianjurkan bagi menghargai jasa guru serta memperkukuh kefahaman terhadap dasar kerajaan dan peranan mereka dalam membina negara bangsa.

Beliau berkata situasi itu kian membarah dan memerlukan penyelesaian menyeluruh melibatkan pelbagai pendekatan termasuk kaunseling dan dakwah.
Perdana Menteri berkata isu itu turut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini yang mencerminkan tahap keseriusan ancaman tersebut terhadap masa depan negara.
"Tolonglah bincang, carilah jalan, kaedah mana, apa keperluan yang diperlukan. Adakah perlu kaunseling... perlu dakwah... kerana puluh tahun belum selesai," katanya ketika berucap di Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bertemakan 'Guru Pemangkin Patriotisme Negara' di sini.
Anwar berkata gelaja itu turut melibatkan kaum lain namun statistik menunjukkan ia lebih parah dalam kalangan anak Melayu seterusnya menuntut kerajaan dan masyarakat melakukan sesuatu secara kolektif serta menyeluruh agar gejala yang memusnahkan masa depan generasi muda dapat dibendung.
Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, yang merupakan mentor kepada Perdana Menteri, turut hadir sebagai panel jemputan khas.
Hadir sama Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Datuk Dr Roslan Hussin dan Presiden Perbadanan Putrajaya Datuk Fadlun Mak Ujud.
Anwar juga berkata isu sosial seperti dadah dan rasuah yang mencemarkan negara mendorong beliau untuk mengambil pendirian tegas dalam pentadbiran.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media pascamesyuarat Kabinet hari ini memaklumkan satu mesyuarat khas akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan langkah menangani penjualan bahan terlarang termasuk cecair vape yang mengandungi dadah dan dijual secara dalam talian.
Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI, berkata mesyuarat itu akan melibatkan Kementerian Komunikasi, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan hasil perbincangan akan dibentang kepada Jemaah Menteri bagi tindakan lanjut.
Seminar itu, yang bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan warga pendidik selain memperkukuh kefahaman mereka terhadap dasar kerajaan khususnya Malaysia MADANI, menghimpunkan lebih 1,000 pendidik dari sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta bakal guru.
Objektif utama seminar ialah membentuk warga pendidik yang memahami dan menghayati peranan serta tanggungjawab mereka dalam usaha membina negara bangsa yang holistik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#vape
#belia Melayu
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami