MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Jun 2025.
Kerajaan berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini untuk mengetepikan keputusan supaya tanah seluas 106.542 hektar di Duta Enclave diserahkan kepada syarikat Semantan Estate (1952) Sdn Bhd.
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat sindiket 'phantom travel' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Empat anggota polis termasuk seorang polis sukarelawan direman selama lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM2,000 sebagai balasan supaya pengadu tidak dikenakan tindakan atas kesalahan kononnya berdua-duaan di dalam kenderaan.
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
Mahkamah Majistret di Teluk Intan hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap pemilik syarikat lori yang terbabit dalam kemalangan dengan trak Pasukan Simpanan Persekutuan hingga sembilan anggota maut pada 13 Mei lepas.
Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 mencatatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional 2.85, tertinggi sejak peperiksaan itu dilaksanakan.
Sebanyak 101 kenderaan mewah termasuk sebuah Porsche yang dikaitkan dengan seorang selebriti tanah air disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang pelaksanaan Op Luxury di seluruh negara bermula 1 Jun lepas hingga hari ini.
Beliau mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pihak UMS tidak menyekat perjalanan akademik pelajar yang terlibat dengan insiden pembakaran di Kota Kinabalu, baru-baru ini.
Pengarah Program Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, perkara itu sekiranya tiada kejutan besar terhadap ekonomi negara atau landskap politik dalam masa terdekat.
SPRM menahan lima individu termasuk tiga pegawai penguat kuasa kerana disyaki bersubahat dalam pendaftaran pekerja asing secara tidak sah di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami